Pelan Tindakan Strategik
PELAN TINDAKAN STRATEGIK
PEJABAT SEKRETARIAT
MAJLIS TERTINGGI MELAYU ISLAM BERAJA
2015 – 2020
LATAR BELAKANG
Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, selaku badan yang bertanggungjawab bagi menjelaskan, memandu, memberigakan dan mengukuhkan serta memantau corak kehidupan masyarakat Brunei pada semua peringkat, yang berlandaskan Melayu Islam Beraja, telah membuat perancangan strategik bagi menentukan dan mempastikan matlamat dan objektif penubuhannya dapat dicapai selaras dengan Terma Rujukan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan Terma Rujukan Urus Setia Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja. Perancangan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja adalah dinamik. Potensi cabaran-cabaran Melayu Islam Beraja mestilah terus dipantau.
Aktiviti-aktiviti dan program-program Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja pula perlu dikaji semula bagi memastikan kesesuaian, menepati kelompok sasaran, dapat memperbaiki senario kelemahan-kelemahan yang ada dalam organisasi, serta dapat memenuhi senario isu-isu semasa mengenai kefahaman, penghayatan dan pengamalan Melayu Islam Beraja dalam kalangan masyarakat Brunei. Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dengan perancangan sepanjang jangka masa lima tahun, iaitu, dari tahun 2015 hingga tahun 2020 ini akan terus menggalakkan agensi-agensi lain untuk sama-sama menyumbang, menyebarluaskan, memelihara dan mengukuhkan Melayu Islam Beraja seperti yang telah digariskan dalam visi dan misi organisasi ini.
VISI
Negara Brunei Darussalam Kekal Menjadi Sebuah Negara Melayu Islam Beraja
MISI
Mengukuh dan Mengembangkan Pengetahuan, Pemahaman, Penghayatan dan Pengamalan Melayu Islam Beraja
SASARAN
- Pegawai dan Kakitangan Kerajaan
- Penghulu, Ketua Kampung dan Penduduk Kampung
- Belia dan Pelajar
- Pihak Swasta
- Masyarakat Luar
STRATEGI DAN PROSES
Mengukuhkan Melayu Islam Beraja
- Menyediakan rangka kurikulum
- Menerbitkan bahan-bahan rujukan
- Mengadakan kursus, bengkel dan peperiksaan
- Mengadakan taklimat, dialog dan forum
- Mengadakan pameran dan jerayawara
Mengembangkan Melayu Islam Beraja
- Membuat kajian dan penyelidikan
- Mengadakan peraduan dan pertandingan
- Menganjurkan persidangan dan seminar
- Memberigakan melalui media massa
- Menyediakan infrastruktur dan sumber tenaga manusia yang mencukupi
- Mengadakan ‘Kerusi Melayu Islam Beraja’
PELAN TINDAKAN
| STRATEGI | SASARAN | AKTIVITI /
PROGRAM |
INDIKATOR | CATATAN |
| Mengukuhkan
Melayu Islam Beraja |
Pegawai & Kakitangan Kerajaan:
– SUT / TSUT / Superscale Special – Superscale A / B / C – Kumpulan 1 / 2 / 3 – Bahagian II / III – Bahagian IV / V – Anggota Berunifom |
Kursus & Peperiksaan
Melayu Islam Beraja |
Tertakluk
IPA & ILIA |
Dengan kerjasama IPA & ILIA |
| Pegawai & Kakitangan Kerajaan:
– Pegawai Perhubungan Awam – Tenaga Pengajar |
Taklimat & Bengkel Melayu Islam Beraja | 2 kali / tahun | Dengan kerjasama agensi berkenaan | |
| Penghulu, Ketua Kampung & Penduduk Kampung:
– Isteri Penghulu & Ketua Kampung – MPM & MPK |
Taklimat & Dialog
Melayu Islam Beraja |
2 kali / tahun | Dengan kerjasama
KHEDN |
|
| Belia & Pelajar | Forum
Melayu Islam Beraja |
2 kali / tahun | Dengan kerjasama
KP, KHEU & KKBS |
|
| Taklimat & Bengkel Melayu Islam Beraja | 2 kali / tahun | Dengan kerjasama
KP, KHEU & KKBS |
| STRATEGI | SASARAN | AKTIVITI /
PROGRAM |
INDIKATOR | CATATAN |
| Mengukuhkan
Melayu Islam Beraja |
Pihak Swasta | Taklimat & Bengkel Melayu Islam Beraja | 2 kali / tahun | Dengan kerjasama KHEDN |
| Masyarakat Luar | Taklimat & Dialog Melayu Islam Beraja | 2 kali / tahun | Dengan kerjasama KHEDN | |
| Umum | Penerbitan
Bahan Rujukan Melayu Islam Beraja |
2 kali / tahun | Dengan kerjasama agensi berkenaan | |
| Pameran
Melayu Islam Beraja |
1 kali / tahun | |||
| Jerayawara
Melayu Islam Beraja |
1 kali / tahun |
| STRATEGI | SASARAN | AKTIVITI /
PROGRAM |
INDIKATOR | CATATAN |
| Mengembangkan Melayu Islam Beraja | Kementerian & Jabatan Kerajaan | Kajian & Penyelidikan Penghayatan MIB | Tertakluk kepada keperluan | Dengan kerjasama agensi berkenaan |
| Belia & Pelajar | Kajian & Penyelidikan Penghayatan MIB | Tertakluk kepada keperluan | Dengan kerjasama
KP, KHEU & KKBS |
|
| Peraduan & Pertandingan yang berkaitan dengan Melayu Islam Beraja | 2 kali / tahun | |||
| Perkhemahan Belia | 1 kali / tahun | |||
| Umum | Persidangan & Seminar | 1 kali / tahun | Dengan kerjasama agensi berkenaan | |
| Pemberigaan melalui media massa | Berterusan | |||
| Sekolah-Sekolah | Sudut
Melayu Islam Beraja |
Tertakluk kepada keperluan | Dengan kerjasama
KP & KHEU |
|
| Pegawai & Kakitangan
Sekretariat MTMIB |
Latihan & Perkembangan | Berterusan | Dengan kerjasama agensi berkenaan |
PENUTUP
Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Menyambut Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-30 pada 23 Rabiulakhir 1435 bersamaan 23 Februari 2014:
“Malahan, pada hemat Beta, MIB adalah merupakan satu-satunya pendinding atau ‘Firewall’ yang kukuh lagi berkesan untuk menangani pelbagai isu dan cabaran globalisasi.”